Khamis, 25 Ogos 2011

M3P Kembali Aktif

Jawatankuasa Penaja M3P yang lama telah dibubarkan kerana ramai pemimpin penaja asal telah tidak terlibat lagi dalam pemulihan khas dan juga berpindah ke negeri lain. Nantikan perubahan pucuk pimpinan baru M3P yang pastinya lebih aktif membela nasib guru-guru pemulihan khas dan intervensi negeri Johor.

Khamis, 22 Julai 2010

MESYUARAT AGUNG M3PJOHOR

MESYUARAT AGUNG PERTAMA M3PJOHOR

TARIKH : 28 JULAI 2010
HARI      : RABU
MASA    : 3.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT LATIHAN GURU DALAM PERKHIDMATAN,
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, JALAN TUN AHMAD, 81440 BANDAR TENGGARA.

Semua ahli dijemput hadir. Semua kos perjalanan ditanggung sendiri oleh ahli.

Khamis, 24 Jun 2010

IPP2M dan IKAMR (Sekolah Rendah)

Berikut ialah bahan-bahan yang telah dibina oleh Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor pada bulan April lalu.

IPP2M
1. Ujian Pelepasan Tahap 2

IKAMR
1. IKAMR Tahap 2 SET 1
2. IKAMR Tahap 2 SET 2
3. IKAMR Tahap 2 SET 3
4. IKAMR Tahap 2 SET 4

IPP2M Siri 2
1. IPP2M Siri 2
2. Modul Guru IPP2M Siri 2

IKAMR
1. Diagnostik baru
2. Borang Rekod Ujian Diagnostik

Selasa, 20 April 2010

LOGO M3P

Anda kreatif? Gunakan kepintaran anda dengan menyertai pertandingan mencipta logo M3P. Setiap logo yang dicipta mestilah diterangkan secara jelas tentang semua yang terdapat di dalam logo tersebut. Hantar penyertaan anda kepada wakil daerah (AJK Penaja M3P) masing-masing. Tarikh tutupnya pada atau sebelum 15 Mei 2010.

Selasa, 13 April 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja M3P Johor

Wajah Pengerusi Penaja M3P


Encik Fakarudin bin Abd. Ghani ialah Pengerusi Penaja M3P. Encik Fakarudin mengajar di SK Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemulihan khas dan salah seorang tenaga penting kepada pemulihan khas negeri Johor.